Wednesday 22 May 2013


minyak wangi yg masih available dgn sy rm65 only,, berminat bole contact sy di 019-9394478 (whatsapp, etc.)































sephora Dubai perfume,, AAA

posisi tidur yang terbaik


Diriwayatkan daripada Barra bin Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim) 

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- 

Tidur dengan meniarap 

Dr Zafir al-Attar berkata: 

"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak." 

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. 

Majalah Times telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. 

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: 

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) 

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: 

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah) 

Tidur menelentang 

Dr Zafir al-Attar berkata: 

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. 

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. 

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang. 

Tidur mengiring ke kiri 

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. 

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri 

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama. 

Tidur yang terbaik 

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. 

Rujukan: 
Mausuah al-Ijazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak 
oleh Dr Nadiah Toyyarah, 
Musnad Imam Ahmad dan kamus

pemuda ditampar ustaz



Seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar Negara kembali ke tanah air. Tibanya di rumah, dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya bapa pemuda itu mendapatkan seorang ustaz. 

Pemuda: Ustaz ini siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan- 
pertanyaan saya? 

Ustaz: Saya hamba Tuhan dan dengan izinnya saya menjawab 
pertanyaan saudara. 

Pemuda: Ustaz yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak 
mampu menjawab pertanyaan saya. 

Ustaz: Saya akan cuba sedaya upaya mampu. 

Pemuda: Saya ada tiga pertanyaan iaitu: 
1. Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud 
2. Apa yang dinamakan takdir, dan 
3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sebab mereka mempunyai unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir? 

Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda tadi dengan keras. 

Pemuda: Kenapa marah saya? (sambil mengusap pipi, menahan 
sakit) 

Ustaz: Saya tidak marah.. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 
tiga pertanyaan yang saudara ajukan kepada saya. 

Pemuda: Macam mana pula? 

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya? 

Pemuda: Tentu sakit. 

Ustaz: Jadi saudara percaya sakit itu ada? 

Pemuda: Sudah tentu! 

Ustaz: Tunjukkan saya sakit itu? 

Pemuda: Tentu tidak boleh. 

Ustaz: Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa 
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya. 

Ustaz: Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya? 

Pemuda: Tidak. 

Ustaz: Saudara pernah terfikir akan menerima tamparan daripada 
saya hari ini? 

Pemuda: Tidak. 

Ustaz: Itu yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan 
menampar saudara dibuat daripada apa? 

Pemuda: Kulit. 

Ustaz: Pipi saudara dibuat daripada apa ? 

Pemuda: Kulit. 

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya ? 

Pemuda: Sakit. 

Ustaz: Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga 
dibuat daripada api, sekiranya Tuhan menghendaki, maka 
neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.

-tamat- thx.. =)

###credit to http://www.myheppi.com/article/108/tamparan-seorang-ustaz/

Senarai Syarikat Berdaftar Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


PENGENALAN
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:

1. Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
2. Pengajian sepenuh masa; dan
3. Warganegara Malaysia.

Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.


Buku & Alatan Tulis
 MPH Bookstores
 Imlaq Book Centre
 BORDERS
 RONA
 Kiang Trading
 Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
 Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
 Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN

Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home
perfume pelbagai jenama.. perfume sephora dubai berminat..
 boleh contact sy melalui (whatsapp, wechat) di 019-9394478 (panggilan dilayan selepas waktu pejabat) ~ <3 <3 <3